Isnin, 18 April 2016

Kitar Semula Demi Alam Semulajadi

Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan
Bagaimana? Masih hendak dibuang tayar-tayar terbuang itu? Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda.

Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.  



Alam Semulajadi Sungguh Menakjubkan
Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan
Keindahan alam semulajadi sungguh menakjubkan


Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Alam semulajadi ini bagaikan suatu ingin kita miliki. Ianya sesuatu amat berharga yang tidak dapat di nilai dengan wang ringgit malahan intan permata.

Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan
Keindahan sesuatu yang sangat subjektif. Ianya merupakan pandangan mata yang di tafsirkan oleh pemikiran sebagai cantik, menawan dan mempersonakan. 
Keindahan alam semulajadi merupakan keindahan alam tanpa sebarang perubahan bentuk oleh manusia. Alam semulajadi sudah cukup indah dan menakjubkan, tidak perlu sebarang perubahan atau penambahan oleh manusia.

 Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan
Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan 
   Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan      Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan

Melihat keindahan alam semulajadi yang memberikan anda ketenagan. Tidakkah anda terfikir, bagaimana dengan hanya melihat keindahan alam semulajadi boleh memberikan anda ketenangan? Kuasa apakah yang ada pada alam semulajadi? Sambil menikmati keindahan ini... renungkanlah sejenak...Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan
Ala ini ada pelbagai rupa dan bentuk. Secara saintifiknya, kepelbagaian bentuk ini berlaku akibat dari pergerakan bumi, gegaran, letusan gunung berapi, cuaca, suhu, angin, hujan dan pelbagai lagi yang melengkapkan ekosistem bumi yang merubah bentuk muka bumi ini menjadi begitu unik.

Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan
Namun setiap yang berlaku itu ada sebabnya. Ada yang menjadikannya. Sebagai manusia kita di beri akal fikiran untuk mengkaji dan menyelami bagaimana ianya boleh terbentuk mengikut logik akal dan saintifik namun akhirnya pasti akan membawa kita kepada penciptanya.
               Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan 
Alam ini ada penciptaNya. Keindahan ini ada yang menjadikanNya. Kita sebagai insan yang lemah tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan itu semua. Alam yang luas dan pelbagai bentuk dan rupa untuk kita merenung betapa kerdilnya kita berbanding dengan penciptaNya. Maka hanya Dialah menjadi keagungan kita.  

                       Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan 

Alam semulajadi yang indah ini untuk kita nikmati dan untuk kita pelihara. Ianya penting dalam menstabilkan ekosistem bumi ini. Kemusnahan dan pembangunan yang berlebihan dan tidak terkawal akan membawa ketidakstabilan yang akhirnya akan berlakunya bencana alam seperti gempa, letusan gunung berapi, ribut taufan, hujan lebat, banjir, tanah runtuh, kemarau dan sebagainya.

 Keindahan Alam Semulajadi sungguh menakjubkan
Keindahan alam semulajadi yang memukau pandangan. Keindahan yang memberikan kita kenikmatan ketenangan, kedamaian, keamanan jiwa dan minda. Alam semulajadi sungguh menakjubkan, memberikan kita kesegaran dan nyaman. Pelihara dan cintailah alam semulajadi.