Kitar Semula Demi Alam Semulajadi
.jpg)
Bagaimana? Masih hendak dibuang tayar-tayar terbuang itu? Fikir
dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar
semula...
Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan
terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil
dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula
dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di
proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun
terpelihara...Insyaallah.
Ketahuilah...
Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda.
Dan
Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Alam semulajadi ini bagaikan suatu ingin kita miliki. Ianya sesuatu amat berharga yang tidak dapat di nilai dengan wang ringgit malahan intan permata.
Keindahan sesuatu yang sangat subjektif. Ianya merupakan pandangan mata yang di
tafsirkan oleh pemikiran sebagai cantik, menawan dan mempersonakan.
.jpg)
Alam
Semulajadi Sungguh Menakjubkan
![]() |
Keindahan alam semulajadi sungguh menakjubkan |
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Alam semulajadi ini bagaikan suatu ingin kita miliki. Ianya sesuatu amat berharga yang tidak dapat di nilai dengan wang ringgit malahan intan permata.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Keindahan
alam semulajadi merupakan keindahan alam tanpa sebarang perubahan bentuk oleh
manusia. Alam semulajadi sudah cukup indah dan menakjubkan, tidak perlu
sebarang perubahan atau penambahan oleh manusia.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Melihat keindahan
alam semulajadi yang memberikan anda ketenagan. Tidakkah anda terfikir,
bagaimana dengan hanya melihat keindahan alam semulajadi boleh memberikan anda
ketenangan? Kuasa apakah yang ada pada alam semulajadi? Sambil menikmati
keindahan ini... renungkanlah sejenak....jpg)
.jpg)
Ala ini ada
pelbagai rupa dan bentuk. Secara saintifiknya, kepelbagaian bentuk ini berlaku
akibat dari pergerakan bumi, gegaran, letusan gunung berapi, cuaca, suhu,
angin, hujan dan pelbagai lagi yang melengkapkan ekosistem bumi yang merubah
bentuk muka bumi ini menjadi begitu unik.
.jpg)
Namun
setiap yang berlaku itu ada sebabnya. Ada yang menjadikannya. Sebagai manusia
kita di beri akal fikiran untuk mengkaji dan menyelami bagaimana ianya boleh
terbentuk mengikut logik akal dan saintifik namun akhirnya pasti akan membawa
kita kepada penciptanya.
Alam ini
ada penciptaNya. Keindahan ini ada yang menjadikanNya. Kita sebagai insan yang
lemah tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan itu semua. Alam yang
luas dan pelbagai bentuk dan rupa untuk kita merenung betapa kerdilnya
kita berbanding dengan penciptaNya. Maka hanya Dialah menjadi keagungan kita.
Alam
semulajadi yang indah ini untuk kita nikmati dan untuk kita pelihara.
Ianya penting dalam menstabilkan ekosistem bumi ini. Kemusnahan dan pembangunan
yang berlebihan dan tidak terkawal akan membawa ketidakstabilan yang akhirnya
akan berlakunya bencana alam seperti gempa, letusan gunung berapi, ribut
taufan, hujan lebat, banjir, tanah runtuh, kemarau dan sebagainya.
.jpg)
Keindahan
alam semulajadi yang memukau pandangan. Keindahan yang memberikan kita kenikmatan
ketenangan, kedamaian, keamanan jiwa dan minda. Alam semulajadi sungguh
menakjubkan, memberikan kita kesegaran dan nyaman. Pelihara dan cintailah alam
semulajadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan